Saturday 25 August 2012

New Zealand Mount Ruapehu

It's time for Skiing~

Lol... first time nak main ski.. ofcoz la jakun sikit *malu*.. Pagi tu after breakfast kat rumah, siap2 untuk naik  shuttle van ke Mount Ruapehu. Makanan jangan lupa pack siap2 dalam beg sebab atas gunung tu makanan mahal.

Shuttle van lagi baik kalau tempah awal2 kat malaysia.So pagi tu just tunggu depan pintu ikut masa yang korang tempah. Diorang akan ambil dekat rumah kite ala-ala macam van sekolah datang ambil budak sekolah. hehe


Abangah jumpe kembar Messi. lol


 segala peralatan utk ski boleh sewa kat sini, siapa-siapa yang rasa x cukup selamat, topi keledar pun boleh sewa.. lol.. kitorang ambil kelas main ski untuk beginner.. boleh la... at least dapat ski without jatuh pun kire ok... haha.. So, pemandangan orang jatuh-jatuh kat area beginner adalah perkara biasa.. Muahaha..
Kelas untuk snowboarding. siapa2 yang x reti main ski, x yah nak berangan naik snow board. 
beginner area.. ha, kan nampak orang jatuh tu.. hehe

Sebelum terlupa, local kiwi cakap, Mount Ruapehu ni salah satu tempat penggambaran Lord of The Ring, iaitu Mordor.. tapi sebab gunung ni besar, x sure la pulak belah mana Mordor tu. Kalau siapa-siapa yang suka mendaki, boleh la datang gunung ni time summer, ade pakej hiking ke Mordor.. huhu..




Pukul 4 petang macam tu semua orang dah start nak balik da, jalan turun pun jem... so kalau boleh, datang la sini awal pagi, baru puas. Sampai rumah, masak makanan tin yang kitorang bawak dari Malaysia, sebab kat Ohakune ni xde kedai makanan halal.

Esok awal pagi kitorang akan bergerak ke Matamata~ melawat kampung Hobbit, The Shire~ weehhuu ^^





Friday 24 August 2012

New Zealand = Rotorua part 2

Morning~
Suhu kat Rotorua 6 degree.. gigil~ after breakfast ,check out and bye bye kat uncle korea tu, kitorang gerak ke Agrodome (Rotorua farm).. Agrodome ni ade sheep show, so kalau nak datang, make sure tengok yer sheep show ni sebab... sebab... banyak kambing.. hehe Agrodome jugak ade farm tour. seronok dapat bagi kambing,lembu, impala makan & rase fresh kiwi juice. Bagi non muslim, boleh minum kiwi wine for freee..


 After the show, semua dah lapar, so kami ke Rotorua town, makan di restoran kebab halal. Senang je nak cari sebab bandar dia kecil and dia tulis besar-besar sign halal. Nando's pun ade, yang penting Nando's new zealand halal :)

Hari ni kami gerak ke Ohakune~ sebab esoknya nak main ski kat Mt Ruapehu. Dari Rotorua ke Ohakune kira-kira 4 jam perjalanan and otw tu kitorang lalu Taupo lake yang sangat-sangat cantik. Subhanallah~

Nama pun new zealand, kiri kanan highway memang penuh dengan ladang kambing.. hijau je :) Suhu makin turun ke 1 degree bila kitorang sampai ke Ohakune pukul 6 petang.

Kitorang menginap di home chalet yang cozy and affordable.   Kalau datang ramai2 dengan family sangat2 recommended untuk tempah chalet. Boleh tempah kat sini:  http://www.ruapehu.co.nz/ ..

Suhu kat Ohakune waktu malam below 0 degree,and kat sini kedai-kedai tutup awal kecuali pub. Mungkin sebab dia small town.

Yeay, malam tidur dengan sume adik beradik sama2, pillow talk diiringi bunyi kayu-kayu dibakar dalam heater.. cewwaahh...
attic open bedroom.





Wednesday 22 August 2012

New Zealand = Rotorua part 1

This happened in 2012. Family trip! Family trip! excited~ it's been a long time since we went for a trip... so, kali ni decide for a trip to New zealand before masing-masing masuk study balik :) we went to new zealand in august, it's nearly spring~ yeah

Flight from Malaysia to Auckland takes 6 hours approx. Sampai Auckland 8 am, ambil kereta sewa, terus bergerak ke Rotorua yang kira-kira 4 hours from Auckland. 

Car rent recommendation : http://www.jucy.co.nz/ , because its cheap and good service from the company. Satu perkara kalau pergi new zealand, book everything online. nanti sampai sana, tunjuk bukti bayaran je, then sume dah sedia :)  
our cute flashy green car. lol 

 On the way to Rotorua, we stop by the small cafe at Waikato town. Minum hot choc ngan makan ice cream walaupun sejuk-sejuk.. hahaha.. So, here some pictures on our way to Rotorua

ni confirm x halal... hehehe.. so jangan makan ye adik2 :) 


Kami sampai Rotorua town lebih kurang pukul 6 petang and dah gelap disebabkan winter kat new zealand still di hujung-hujung, waktu siang dia pendek. Malam ni stay kat Manhattan Motel, family room yang besar boleh muat 8 org and murah. Motel ni uncle Korea yang dah menetap di Nz ni yang punye, and tv dia banyak channel korea.. hehehe.. 


Sebab hari dah gelap, kitorang tak jalan-jalan malam tu kecuali pergi Pak n Save untuk beli makanan. kumpul tenaga untuk jalan-jalan esok~ yeah!