Sunday 13 May 2012

Go go Yeosu (13/5/2012)

   Subuh kat Korea dalam pukul 3 pagi lebih tu dah masuk waktu. So, pukul 6 pagi dah cerah macam pukul 7-8 pagi kat Malaysia.Semangat kitorang bersiap pagi tu untuk pergi Yeosu. Aku dengan pika sambil bersiap, kitorang tengok tv cite King 2 hearts, walaupun x faham apa yang diorang cakap. Lepas tu aku ngan pika tergelak-gelak tengok video Haha-Rosa. Sampai sekarang, kalau tengok video ni,teringat suasana kat guest house tu.
       Ahjusshi(Pak cik ) yang kerja kat guest house tu hantarkan ktorang kat airport balik, sebab nak kena naik train pergi kat terminal train luar bandar.Train luar bandar tu ala-ala KTM la. Kelebihan ktorg ambil student Malaysia as a tourist guide ni, kitorang x payah bawak luggage berat-berat untuk gi Yeosu. Just bawak backpack je. Sebab gi Yeosu 3 hari je, nanti datang Seoul balik. So, diorang tolong simpankan beg kitorang kat guest house kat Seoul nanti.

       Kat korea ni, semua public transportation diorang kena bayar guna T-Money. Macam touch and go kat Malaysia. Dia jual biasanya kat kedai-kedai macam 7 eleven tu. and top up T-Money pun ada jual kat situ.Kalau korang beli, pastu top up 20,000 won Insya Allah cukup untuk 5 hari kalau banyak berjalan.
ni la rupa kad t-money
Subway untuk ke terminal Korail

Bila kat sana, Subway dia serabut sikit. Banyak sangat line pertukaran. memang kena tengok betul2.
subway map

Lagi satu , kena ingat kalau pergi Korea, Ahjumma(Mak cik-mak cik) kat sana ada kuasa besar,kalau nampak tempat reserve untuk orang tua dan Oku tu, jangan pandai-pandai nak duduk. and kalau ade mak cik yang x da seat, baik kita bangun and bagi seat kat mak cik tu sebelum kena marah. tapi tu memang basic la kan, hormat orang tua. Malaysia pun camtu jugak. cuma kita x marah-marah orang. 

kitorang lagi sanggup berdiri
Kat stesen2 subway ni, banyak kedai-kedai. kedai stokin ada, kedai makanan ada, kedai phone ada. Harga boleh la tahan, x mahal sangat. Lagi satu, korang mesti sedia maklum, yang orang Korea memang obses pada kesihatan dengan kecantikan. Setiap pek makanan yang jual, mesti ada tulis berapa kalori dalam makanan tu.So, diorang boleh kira berapa kalori yang diorang ambil dalam makanan setiap hari. Cermin pun ada merata-rata kat sini. Kedai kosmetik memang sah-sah la banyak. hahaha. 
Kedai rice cake kat subway,mak cik ni baik :)
kalori... =.=
ni sedap. x tipu..
    Sampai kat Stesen Korail, Fadhilah pergi uruskan tiket ke Yeosu untuk kitorang. Sementara tu, kitorang pergi la beli makanan and amek gambar. Kat dalam kedai, noli yang x bawak payung, nak beli baju hujan, dia tanya size, kelakar tengok sebab Noli cakap english, pekerja tu explain dalam korean. Aku beli makanan untuk makan dalam train. 1st time tu, cakap korea dengan cashier. cakap kamsahamida je pun. hahaha
iu : duta yeosu expo.
   


    Kat Yeosu nanti, x da tourist guide yang akan ikut kitorang sebab diorang semua ada kelas, so kitorang kena survive sendiri. Dalam group aku xde sourang pun yang fluent korean. tahu perkataan korea sikit2 je sebab tengok drama,dengar kpop ngan variety show korea. Sementara tunggu train tu, aku tarik Fadhilah untuk ajar ayat2 korea yang penting. Dia siap ajar ayat nak mintak no. telefon kat oppa. hehe,..Kalau mintak nombor, tapi x reti cakap bahasa korea, nak watpe.. Hahaha.

   Naik train Korail dari Seoul ke Yeosu 5 jam. Kalau naik KTX(bullet train) 2 jam je. Tapi mahal la. X kisah la kan. Sepanjang perjalanan tu,aku sibuk menghafal ayat-ayat korea yang penting dari Fadhilah dengan dari application phone aku.Memang x tidur duduk menghafal, biar pronounce betul. Aku risau, Yeosu ni kawasan kampung sikit, baru nak membangun. so x ramai orang tau cakap english. 


yeosu
    Tekaan aku tepat. Huhu. Si tourist guide tu bagi direction naik bas untuk pergi guest house, tapi time ktorg sampai tu bas dah xde.So, terpaksa tanya orang. Nasib baik la, dekat stesen yang ktorang turun tu sebelah site yeosu expo. diorang ada sediakan international tourist punye information counter. Akak korean tu tolong kitorang tulis alamat guest house dalam bahasa korea. dia suruh bagi alamat ni kat driver teksi. driver teksi kitorg ni reti cakap sikit2 je english. dengan baik hati, dia bagi ktorang berlima naik satu teksi(padahal mana boleh, 4 orang maximum satu teksi) and dia siap bagi map yeosu kat aku. tapi kan, map tu 100% dalam korean. satu apa pun aku x faham. tapi aku terima kasih je la kat ahjusshi tu sebab dia baik. Yeosu bandar pelabuhan tepi laut. Memang sejuk kat sini. Lagi sejuk dari Seoul. 

facilities yang ada, kitchen, computer,wifi
    Kitorang stay kat Allive Guest House. Selesa walaupun kecil. Owner dia baik sangat-sangat(Unnie-kakak). Dia boleh la sikit-sikit cakap english. Bilik kat sana kitorang dapat 2 bilik. Aku duduk dengan mak teh. Ida,Noli dengan pka sebilik sebab bilik diorang besar sikit. 

      Bila dinner, aku mintak dia cadangkan restoran yang best. dia baik, sampai iring kitorang terus sampai restoran.pastu dia tolong translate kan menu tu sebab 100% dalam korea. Dia faham yang kitorang x makan daging, daging bab* , dengan ayam. ye la, sebab x sembelih kan. kira haram la makan. susah tau nak jumpa orang korea yang faham benda-benda camni.Lagi satu, kat sini minum air kosong je, free.tu je yang ada, xde air manis kat restoran. Ahjumma kedai tu pun baik2. Rindunye kat diorang (T.T)
depan restoran
ahjumma yang baik
Bibimbap (Nasi Campur Sayur+telur mata)
Ahjumma ni tengah kacaukan bibimbap sambil menyanyi
Mak teh dengan Nasi Kimchi
Kimbap
bendera2 seluruh dunia
banana milk.. fans kpop mesti tau air ni
yuhuu.. banana milk.. nyum2.
comel kan kedai ni? tp untuk muslim,hati2, banyak kasut kulit tuuuutt,, 
Malam tu kitorang pergi ambil angin kat kawasan kedai2. kat korea kebanyakan kedai outdoor. comel2 je.then ramai remaja2 yang duduk hang out, weekends,biasa la. then kitorang balik rehat untuk Yeosu Expo esok! yeah!



Saturday 12 May 2012

Korea..(12/5/2012)

      Bulan Mei lepas, aku ngan beberapa kawan pergi melancong ke korea.Lama jugak merancang nak pergi ni. Kami beli tiket dari bulan 12 2011. Hahaha. Lama kan?  tiket murah punye pasal..RM800 pergi+balik termasuk tax, luggage,makan.. murah kan?Untuk lancarkan perjalanan ktorg, aku ngan pka try cari travel agent yang murah. Last2 kitorang jumpe group student Malaysia yang belajar kat sana tapi buat tour guide as part time.mmg berganda2 murah..kitorg kena bayar RM2400 untuk 8 hari termasuk makanan,tempat tinggal,transport dengan tiket2. Kira murah la tu.. Sume dorg uruskan.

    Sepatutnya kitorang pergi ke Korea ni dengan tujuan utama : ARCHITECTURE WORLD EXPO. kat Yeosu,Korea.Tapi biasa la, bila da gi mesti la ada 'aktiviti' sampingan kan? hehee. So kitorg satu course arkitek ni plan la nak pergi ramai-ramai bawah program Global Outreach. Tapi last2, atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan, Aku, pka ngan nolee je yang dapat pergi. Xpe2, lain kali Insya Allah rezeki korg pulak ye..
pka,aku,nolee
(ni bukan gambar kat korea)

    So, disebabkan tiga orang je, aku ajak mak sedara aku sekali and syafikah ajak kawan se-Kuantan dia, Ida. yela, ktorg bertiga ni xde pengalaman byk, jadi pape kang susah plak. and utk sedapkan ati parents ktorg yg risau.. hahaha.. biasala tu.

    Tiket ktorg 12 Mei 2012 pukul 2 petang. hehehe.. biasala aku, jadi org paling lambat smpai LCCT. smpai2 terus check in luggage. Pka boleh pulak beratkan luggage dia dengan air mineral. Hahaha. x pasal-pasal terlebih muatan,terpaksa kuarkan air tu, then paksa ktorg minum. Dalam flight ktorg duduk asing-asing sebab masing-masing check in online. Aku duduk kat bahagian belakang. And nasib aku baik, x de orang duduk sebelah aku. Ley aku tido freestyle.Kalau x tido pun,makan..
ni makanan yang aku order



view dari seat aku..


     Flight 6 jam ke Incheon.Dalam flight, x habis2 lagu kpop je, ye la, nak gi korea kan. Pastu aku pernah terbaca info,kalau travel ke timur, kena tidur sebanyak yang boleh untuk elak jetlag. so, aku melantak la tidur dalam flight tu.

     Sampai kat Incheon Airport dalam pukul 10 malam waktu Korea.Aku x nak letak gambar masa mula-mula sampai sebab muka bloated gila sbb tido banyak and muka terlebih excited. Malu aku tengok gambar sendiri.. hahaha. Sampai-sampai kitorang lalu kastam. Nasib baik kastam x strict sangat, so x de masalah sangat kat situ. 

     Disebabkan ahli2 group aku termasuk aku jalan rileks je, kitorang terlepas beg kitorang. sampai-sampai tempat nak ambik luggage tu, dah turn flight lain.Terpinga-pinga kejap kat situ. Tibe-tibe ada pekerja airport korea ni datang kat kitorang. Dia cakap something yang menyebabkan aku,pka ngan nolee ternganga x faham. Dia cakap english,tapi slang korean. Last2, dia fed up ktorg x faham dia pun pergi ambik banner Air Asia yang besar gedabak, letak atas satu group luggages. Aku perhati je dia. Rupa-rupanye,tu luggage ktorg.. Hahahaha. Malu gila. Rupanye dia try tanya ktorg, sama ada kitorg dari flight Air Asia. Kamsahamida Ahjusshi. 

   Keluar je, Fadhilah, student Malaysia yang study kat Korea dah tunggu kitorg. Dia terus bawak kitorang pergi Incheon Guest House, sebelah airport je pun. tapi kena naik van. Van dia jangan main-main, walaupun nampak biasa je, pintu automatik siap keluar music.Cute je.
ni bilik kitorang kat Incheon Guest House, nama je guest house, tapi rupa macam hotel.
So, malam tu aktiviti kitorang tidur and rehat je la, sebab kat 10 malam kat korea, ibarat pukul 11-12 kat Malaysia. da sunyi. jalan raya pun lengang. ZzzzzZ