Saturday 12 May 2012

Korea..(12/5/2012)

      Bulan Mei lepas, aku ngan beberapa kawan pergi melancong ke korea.Lama jugak merancang nak pergi ni. Kami beli tiket dari bulan 12 2011. Hahaha. Lama kan?  tiket murah punye pasal..RM800 pergi+balik termasuk tax, luggage,makan.. murah kan?Untuk lancarkan perjalanan ktorg, aku ngan pka try cari travel agent yang murah. Last2 kitorang jumpe group student Malaysia yang belajar kat sana tapi buat tour guide as part time.mmg berganda2 murah..kitorg kena bayar RM2400 untuk 8 hari termasuk makanan,tempat tinggal,transport dengan tiket2. Kira murah la tu.. Sume dorg uruskan.

    Sepatutnya kitorang pergi ke Korea ni dengan tujuan utama : ARCHITECTURE WORLD EXPO. kat Yeosu,Korea.Tapi biasa la, bila da gi mesti la ada 'aktiviti' sampingan kan? hehee. So kitorg satu course arkitek ni plan la nak pergi ramai-ramai bawah program Global Outreach. Tapi last2, atas sebab-sebab yang x dapat dielakkan, Aku, pka ngan nolee je yang dapat pergi. Xpe2, lain kali Insya Allah rezeki korg pulak ye..
pka,aku,nolee
(ni bukan gambar kat korea)

    So, disebabkan tiga orang je, aku ajak mak sedara aku sekali and syafikah ajak kawan se-Kuantan dia, Ida. yela, ktorg bertiga ni xde pengalaman byk, jadi pape kang susah plak. and utk sedapkan ati parents ktorg yg risau.. hahaha.. biasala tu.

    Tiket ktorg 12 Mei 2012 pukul 2 petang. hehehe.. biasala aku, jadi org paling lambat smpai LCCT. smpai2 terus check in luggage. Pka boleh pulak beratkan luggage dia dengan air mineral. Hahaha. x pasal-pasal terlebih muatan,terpaksa kuarkan air tu, then paksa ktorg minum. Dalam flight ktorg duduk asing-asing sebab masing-masing check in online. Aku duduk kat bahagian belakang. And nasib aku baik, x de orang duduk sebelah aku. Ley aku tido freestyle.Kalau x tido pun,makan..
ni makanan yang aku order



view dari seat aku..


     Flight 6 jam ke Incheon.Dalam flight, x habis2 lagu kpop je, ye la, nak gi korea kan. Pastu aku pernah terbaca info,kalau travel ke timur, kena tidur sebanyak yang boleh untuk elak jetlag. so, aku melantak la tidur dalam flight tu.

     Sampai kat Incheon Airport dalam pukul 10 malam waktu Korea.Aku x nak letak gambar masa mula-mula sampai sebab muka bloated gila sbb tido banyak and muka terlebih excited. Malu aku tengok gambar sendiri.. hahaha. Sampai-sampai kitorang lalu kastam. Nasib baik kastam x strict sangat, so x de masalah sangat kat situ. 

     Disebabkan ahli2 group aku termasuk aku jalan rileks je, kitorang terlepas beg kitorang. sampai-sampai tempat nak ambik luggage tu, dah turn flight lain.Terpinga-pinga kejap kat situ. Tibe-tibe ada pekerja airport korea ni datang kat kitorang. Dia cakap something yang menyebabkan aku,pka ngan nolee ternganga x faham. Dia cakap english,tapi slang korean. Last2, dia fed up ktorg x faham dia pun pergi ambik banner Air Asia yang besar gedabak, letak atas satu group luggages. Aku perhati je dia. Rupa-rupanye,tu luggage ktorg.. Hahahaha. Malu gila. Rupanye dia try tanya ktorg, sama ada kitorg dari flight Air Asia. Kamsahamida Ahjusshi. 

   Keluar je, Fadhilah, student Malaysia yang study kat Korea dah tunggu kitorg. Dia terus bawak kitorang pergi Incheon Guest House, sebelah airport je pun. tapi kena naik van. Van dia jangan main-main, walaupun nampak biasa je, pintu automatik siap keluar music.Cute je.
ni bilik kitorang kat Incheon Guest House, nama je guest house, tapi rupa macam hotel.
So, malam tu aktiviti kitorang tidur and rehat je la, sebab kat 10 malam kat korea, ibarat pukul 11-12 kat Malaysia. da sunyi. jalan raya pun lengang. ZzzzzZ

No comments:

Post a Comment